Daisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pages

Monday, July 16, 2012

Airis looks...

cerita dah basi la hahahhahahahaairenig


Wah xmenahan tajuknya kan....jumaat baru ni kami cuti so airis x pegi sekolah bukan tak nak hantar tapi bangun lewat gara2 balik malam tu sampai rumah pikul 12 ++ tengah malam dia balik bukan terus tidur tapi pot pet cerita jumpa sepupu sepapat malam tu.... Jenuh kejut pagi tu nak hantar ke sekolah tak jaga pun so aku biarkan je la pukul 10 baru bangun then siapkan segala bagai bagi makan terus ke kedai ooi lama sangat tak jumpa so memang dah berhajat nak potong rambut....rambut raya boleh??? Hahahahaha....airis pun kita bagi wajah baru new looks ok hehehehe


nih before dipotong rambutnya....first time bawak g saloon untuk potong rambut hihihihi bagus sangat yong airis nih diam aje xsusah nangis melolong pun tidak....sangat baik :) dan hasil tangan cik oi'y tara......



ha comey x???? lagi bulat nampak muka'y hehehehehehe




Thursday, July 5, 2012

salam nisfu sya'aban

salam semua....dah pertengahan sya'aban kita sekarang ni....2 minggu lagi sambut ramadhan la kita ya....seronok rasa macam tak sabar pulak.....

hari ni aku baru terkedek nak start puasa suanat sya'aban nak meraikan nisfu sya'aban....takut tak dapat merasa tahun depan....alhamdulillah setakat ni ok lapar ke dahaga semua ok xterasa dan paling seronok susu aku still banyak alhamdulillah....

tadi masa tengah hari balik si kecil macam biasa la rutin dia mesti nk menyusu kan....so far alhamdulillah dengan gembira dia dapat menyusu dan aku start pas sahur tadi makan2 niat la aku makan untuk banyak'k susu untuk anak aku dan aku buat jugak dulu masa airis....

jadi korang2 yang ada anak or tak ada anak masa sahur niat lah supaya dipermudahkan urusan dalam menjalani ibadah harian.....yang ada anak takut tak cukup susu berhenti la fikir semua tu yakin pada ketentuan Allah jaga kesihatan ok.....selamat menjalani ibadah dan selamat berbuka puasa bagi yang berpuasa ya :)

Monday, June 25, 2012

Deactive Akaun FACEBOOK

wakakakaka tajuk tak boleh blah je.....sesape yang mencari aku kat FB tak ada la aku di sana...wah perasan macam la kau tu glamer orang penting untuk dicari.....

entah la lately aku adalah orang yang sangat bz dengan abang aku skali kiteorg dua beradik kena turun padang tempat yang mana proses pengisian minyak ni ha....macam2 hal la sejak tukar jentera baru nih.....kami nih kena la ambik tau takkan bio semua pekerja yang urus...kadang2 ada jugak benda yang tak boleh diorang urus kan.....

so aku ambik keputusan untuk meninggalkan FB untuk seketika berapa lama entah la kan...rindu dengan kawan....tak pa la tugas lebih penting...ni curi2 taip blog....so nanti aku ada masa aku cerita pasal expo baru2 nih ok....jumpa lagi uols

Wednesday, June 20, 2012

berusaha dan harus gigih

mulut mana yang tidak penah mengeluh????
mungkin yang hatinya bersih tidak macam hati aku mungkin....
selalu berusaha untuk menjadi insan yang berguna kepada semua

baik untuk suami, anak-anak, ibu bapa, saudara mara malah kawan-kawan....
setiap malam sebelum tidur sering berniat aku akan berusaha untuk jadi yang lebih baik dari semalam....
harus berusaha dan harus lebih gigih lagi walaupun mulut selalu mengeluh kepenatan tapi hasil adalah senyuman :).....


*mudahan segala urusan aku dipermudahkan oleh MU Ya Allah.....

Wednesday, May 16, 2012

sedih'y....selamat tinggal buat selama2'y SUZUKI SWIFT


selamat tinggal suzuki swift ku sayang.....7 tahun berjasa pada aku tp ape kan daya spare part kau mahal sangat kalau x sampai bile pun aku x jual kau....sedih tu jgn di kate nangis dah berbaldi2 sob sob sob.....pg tadi aku melambaikan lambaian terakhir untuk kau swift....kite dipisahkan atas faktor yang berat huhuhuhuhu

pilu sedih macam2 la aku akan meindui kamu swift...mmmmmuahssss


Tuesday, May 8, 2012

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Monday, May 7, 2012

TANDA-TANDA ISTERI DERHAKA

 1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Ibnu Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”

2. Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: ”Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

3. Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Keluar rumah tanpa izin suami

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

5. Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
 
Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami. Isteri dilarang meninggikan suara tidak mengendahkan panggilan suami kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya
 
Sebagai seorang isteri, rebutlah peluang mudah untuk memasuki syurga iaitu dengan melaksanakan kewajipan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta‘ala dan RasulNya serta dengan mentaati suami.