Daisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pages

Wednesday, May 6, 2009

pertama kali wat tag....

untuk odah tersayang aku jawab la tag mu itu

nih 2nd gambo saye ngn my hubby....kt expo teluk intan blkg tuh menare condong hehehehe

k saye jawab ye soalan pn odah ku sayang

1) sape name pasangan anda???

ABDUL HALIM BIN MOHD HASSAN BIN ADAM(over gtu)

nickname : beh,halim

2) bape umo pasangan anda?

29 TAHUN ye hubby saye....kami beza 4 tahun la....

3)ape yg diminati oleh pasangan anda?

die minat saye hahahahah....die minat main takraw tgk wayang jalan2 mcm saye dan holiday....

4) ape karaktor pasangan?

hubby saye nih sgt la pendiam tp ngn saye idok le sbb saye nih riuh hahahaha....lagi die nih sgt manje (kt umah je) dan lagi die mudah memaafkan org lain dan sangat penyabo....

5)apakah makanan kegemaran pasagan anda?

hubby saye sangat suke gulai tempoyak....lagi suke mee goreng basah yg saye buat hehehehe tp sebeno'y die xkesah pn org'y xcerewek bab makan nih sbb die suke makan ngeh3x....

6)macam mana pasangan anda tidur?

die suke tido peluk saye kalo x die xble lena mcm saye jugak hehehehe selalu'y die die tido mengiring ke kanan kebanyakkan la....

7)apakah perkataan yang dilafazkan ketika pertama kali berjumpa dengan anda?

ape eh???ish idok teman ingat'y....tp tiap kali kuar mst die tenung aje hahahaha tp yg die slalu ckp....berat'y nk pisah....bile ble jmp lg ye....jiwang karat x?mase nih aku kene blk ganu la...jauh tuh weh....

8) apekah yang membuatkan anda suke pasangan anda?

ish suke sbb sabo ngn karenah saye (saye nih baran hahaha) plg suke sbb bile saye xlarat die yg wat sume keje die suke ngemas sgt suke2 hehehehe

nih je la yg aku ble wat hehehehe utk odah tersayang mudahan memenuhi kehendak ekekeke

Tuesday, May 5, 2009

Hargailah Isteri Anda....Wahai Wanita Beringatlah....

Mulianya seorang isteri disisi Allah....Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka.....Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habisnyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?Marilah kita pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.







"Woman was made from the rib of man,She was not created from his head to top him,Nor form his feet to be stepped upon,She was made from his side to be close to him,From beneath his arm to be protected by him,Near his heart to be loved by him."


Wahai Tuhan...ku tak layak ke syurgamu ...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...kamilah hamba yang mengharap belas darimu ..."Ya Allah...jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah inidi sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah' , kamu pasti berjaya!"Marilah kita ucapkan kalimah ini:"Laa ilaaha illallah!" x 10