Daisypath Anniversary tickers Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Pages

Thursday, November 22, 2012

DEMI MU PALESTIN.....

kenapa???kenapa kau tak pernah rasa bersalah???
kenapa kau jadi orang yang bongkak???
kau lupa akan laknat Allah pada kau???
hentikanlah penderitaan!!!!hentikan!!!!

Allah dah perintahkan tapi engkau tidak endahkan....
sudah termaktub dalam Al-Quran dalam  Surah Al-Baqarah....
engkau betul2 KAFIR LAKNATULLAH!!!!!!!
HENTIKANLAH KESENGSARAAN DAN PENDERITAAN!!!
mudahan Allah turunkan BALA YANG AMAT PEDIH UNTUK KAMU!!!!!

mudahan tenagkanlah kamu wahai Bumi Palestin....
hanya sekalung doa aku utuskan Pada Yang Maha Esa....

Friday, October 5, 2012

airis 3 tahun hari nih!!!!






kek cawan atau cup cake pilihan airis....anak saya dah besar!!!!! dah semakin pandai sejak sekolah mengenal huruf alhamdulillah menulis boleh sikit2....sangat teruja.....semoga airis putri menjadi anak seloheh menjadi kakak yang baik serta hamba yang taat kepada pencipta..... terima kasih Ya Allah telah meminjam kan kepada kami merasai nikmat menjadi ibu bapa untuk anak2 kami

Monday, July 23, 2012

ramadhan kareem

alhamdulillah dah masuk 3 ramadhan.... tp aku baru dapat puasa sehari jek hahahahha.... kejap sangat masa berlalu....anak2 sahur pukul 10 pagi  after bangun tidur sedap sangat deme tidur tak kisah la sebab hari minggu....tapi alhamdulillah tak melepek dengan 2 anak bertuah ni hihihihihi.....

pukul 10 lebih pas siap bagi diorang makan mandi bagai pegi kedai depan cari lauk mentah untuk dimasak....beli la ayam dan kangkung.... 1 ramadhan bukak puasa kat umah IL mak ikut jek so panggang ayam cicah air asam then kangkung goreng belacan....alhamdulillah beli 2 peha ayam hantar kat rumah mak sikit balance bawak umah IL...so mak tak masak la dah ada lauk aku bagi......

day 2 of ramadhan kita pegi market kuala nak pegi pekan minggu tak sanggup ramai orang ngan 2 anak bertuah kang ade yang terbatal puasa hahahaha.....so jumpa udang beso jumpa ikan pelotan jumpa lala so semalam masak lala je yang lain simpan untuk masak next day hahahahha so menu hari nih tak tau lg....masa nak balik jumpa buah cempedak pergh gile tak tahan bau so kita pun ambik sebijik beso punya ha hambik kau rm 17 ye tapi amat berbaloi sebab isi beso gedabak banyak sikit pun tak busuk pendek kata tak menghampakan langsung...semalam dah goreng 1 besen beso tu dlm peti ais ade lg tak bergoreng.... dapat la bagi sepinggan sorang jiran tetangga yang sebelah harus la bagi bau perghhhh ble pengsan :p......

tengah mencari menu nak masak apa hari nih.....  

Monday, July 16, 2012

Airis looks...

cerita dah basi la hahahhahahahaairenig


Wah xmenahan tajuknya kan....jumaat baru ni kami cuti so airis x pegi sekolah bukan tak nak hantar tapi bangun lewat gara2 balik malam tu sampai rumah pikul 12 ++ tengah malam dia balik bukan terus tidur tapi pot pet cerita jumpa sepupu sepapat malam tu.... Jenuh kejut pagi tu nak hantar ke sekolah tak jaga pun so aku biarkan je la pukul 10 baru bangun then siapkan segala bagai bagi makan terus ke kedai ooi lama sangat tak jumpa so memang dah berhajat nak potong rambut....rambut raya boleh??? Hahahahaha....airis pun kita bagi wajah baru new looks ok hehehehe


nih before dipotong rambutnya....first time bawak g saloon untuk potong rambut hihihihi bagus sangat yong airis nih diam aje xsusah nangis melolong pun tidak....sangat baik :) dan hasil tangan cik oi'y tara......



ha comey x???? lagi bulat nampak muka'y hehehehehehe




Thursday, July 5, 2012

salam nisfu sya'aban

salam semua....dah pertengahan sya'aban kita sekarang ni....2 minggu lagi sambut ramadhan la kita ya....seronok rasa macam tak sabar pulak.....

hari ni aku baru terkedek nak start puasa suanat sya'aban nak meraikan nisfu sya'aban....takut tak dapat merasa tahun depan....alhamdulillah setakat ni ok lapar ke dahaga semua ok xterasa dan paling seronok susu aku still banyak alhamdulillah....

tadi masa tengah hari balik si kecil macam biasa la rutin dia mesti nk menyusu kan....so far alhamdulillah dengan gembira dia dapat menyusu dan aku start pas sahur tadi makan2 niat la aku makan untuk banyak'k susu untuk anak aku dan aku buat jugak dulu masa airis....

jadi korang2 yang ada anak or tak ada anak masa sahur niat lah supaya dipermudahkan urusan dalam menjalani ibadah harian.....yang ada anak takut tak cukup susu berhenti la fikir semua tu yakin pada ketentuan Allah jaga kesihatan ok.....selamat menjalani ibadah dan selamat berbuka puasa bagi yang berpuasa ya :)

Monday, June 25, 2012

Deactive Akaun FACEBOOK

wakakakaka tajuk tak boleh blah je.....sesape yang mencari aku kat FB tak ada la aku di sana...wah perasan macam la kau tu glamer orang penting untuk dicari.....

entah la lately aku adalah orang yang sangat bz dengan abang aku skali kiteorg dua beradik kena turun padang tempat yang mana proses pengisian minyak ni ha....macam2 hal la sejak tukar jentera baru nih.....kami nih kena la ambik tau takkan bio semua pekerja yang urus...kadang2 ada jugak benda yang tak boleh diorang urus kan.....

so aku ambik keputusan untuk meninggalkan FB untuk seketika berapa lama entah la kan...rindu dengan kawan....tak pa la tugas lebih penting...ni curi2 taip blog....so nanti aku ada masa aku cerita pasal expo baru2 nih ok....jumpa lagi uols

Wednesday, June 20, 2012

berusaha dan harus gigih

mulut mana yang tidak penah mengeluh????
mungkin yang hatinya bersih tidak macam hati aku mungkin....
selalu berusaha untuk menjadi insan yang berguna kepada semua

baik untuk suami, anak-anak, ibu bapa, saudara mara malah kawan-kawan....
setiap malam sebelum tidur sering berniat aku akan berusaha untuk jadi yang lebih baik dari semalam....
harus berusaha dan harus lebih gigih lagi walaupun mulut selalu mengeluh kepenatan tapi hasil adalah senyuman :).....


*mudahan segala urusan aku dipermudahkan oleh MU Ya Allah.....

Wednesday, May 16, 2012

sedih'y....selamat tinggal buat selama2'y SUZUKI SWIFT


selamat tinggal suzuki swift ku sayang.....7 tahun berjasa pada aku tp ape kan daya spare part kau mahal sangat kalau x sampai bile pun aku x jual kau....sedih tu jgn di kate nangis dah berbaldi2 sob sob sob.....pg tadi aku melambaikan lambaian terakhir untuk kau swift....kite dipisahkan atas faktor yang berat huhuhuhuhu

pilu sedih macam2 la aku akan meindui kamu swift...mmmmmuahssss


Tuesday, May 8, 2012

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Monday, May 7, 2012

TANDA-TANDA ISTERI DERHAKA

 1. Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami

Ibnu Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”

2. Menyakiti hati suami

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: ”Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

3. Puasa sunat tanpa keizinan suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Keluar rumah tanpa izin suami

“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

5. Meminta cerai daripada suami

Sabda Rasulallah sallallahu Alaihi Wasallam bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

6. Isteri yang tidak menunaikan hajat suami

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.
 
Para isteri perlu sedar akan tanggungjawab mereka menunaikan hak-hak suami. Selain dari mentaati suami, isteri wajib berlemah lembut dengan suami, menjaga perasaan suami, bersyukur dan menerima seadanya apa saja pemberian suami. Isteri dilarang meninggikan suara tidak mengendahkan panggilan suami kerana walaupun perkara tersebut bukan dianggap sebagai nusyuz, akan tetapi ia boleh saja menjadi sebagai permulaan isteri berlaku nusyuz terhadap suaminya
 
Sebagai seorang isteri, rebutlah peluang mudah untuk memasuki syurga iaitu dengan melaksanakan kewajipan terhadap Allah Subhanahu Wa Ta‘ala dan RasulNya serta dengan mentaati suami.

Monday, April 16, 2012

Pura Kiki

ha tajuknya beriya....mesti kome semua dah tau ape die Pura Kiki.....k untuk keterangan lanjut ble la kome nengok blog nih babyphase dah lame beno mencari dan berkenan di hati dr airis umur setahun lagi n now nak masuk 3 tahun aku selalu la search botol2 susu nih dok usha punya usha jatuh hati la ngan botol nih....cek punya cek masa tu ada kt luo negara je...

meroyan aku kalo bayo ngan Dollar (amerika mu) hahahahahaha....ade cari2 lagi mencecah rm200 kot termasuk shipping....n minggu sudah terjumpa ini blog then tengok order shipping free n pujuk mintak diskaun ble la memang la harga mahal ko tau je la steel tu ade warranty k....

n then ngorat2 encik Hubby yang baik hati kopak la lagi die sebab baru dpt duit kan jd kite ngorat2 la...so die pun memberi keizinan dan wang maka aku terus order khamis malam then ikutkan sabtu sampai tp opis tutup die anto arinih....wah hati sungguh gumbira bila barang sampai....

dan ini la botol yang dibeli tp idok aku snap tp aku ambik dr blog babyphase tu.....

jeng.......




jeng......



jeng.....




n one more thing silicon sleeve die xde gambo'y.... wane pink jugek....hye girang gumbira bila yong dapat botol baru'y....nnt ade mase aku snap gambo die ngan botol'y eh

Thursday, March 29, 2012

happy birthday adik....

adik semalam turn 1 year old...adik dah beso la kejap je dah setahun.....ape yang adik tau dalam setahun nih????ok meh kite senaraikan ye :

1. boleh jalan dah start 10 bulan ++
2. pandai ajuk orang nangis
3. pandai mintak makan minum
4. pandai kaco yong
5. pandai turun katil bila bangun tido
6. tak nangis bile jg dr tido
7. makan macam2 memilih tak nak yg sikit2 cubit hahahahahaha
8. suka sangat merengek mmg xble bla
9. still menyusu badan BF
10. pandai mendengar dan menerima arahan
11. suka lompat si katak lompat hihihihi yong airis suke ajo
12. sangat kedekut
13. pandai panggil baba, abg n wan yang lain sume uhhh aje
14. pandai mintak nak...nak...
15. pandai letak tepon kat tinga belakon tepon2(yg nih klako xble bla)

banyak sangat la tak larat nak bace dh ye hahahahahaha k la tu je la aku letak banyak lg kang meroyan bace panjang beno....DOA UMMI SEMOGA ANAK UMMI MENJADI ANAK YANG SOLEHAH DUNIA AKHIRAT




adik 1 hari
adik seminggu

adik 11 hari


adik 3 bln
adik  6 bulan


 adik 7 bulan

adik 8 bulan



adik 9 bulan dok tatih
happy 1 year old dik


 


 

Monday, March 5, 2012

happy birthday to you~

harini hari ulang tahun kelahiran en suami aku.....pagi2 aku ngan anak2 dah menyumbangkan lagu yang agak sumbang bile yong tarik baik punye wakakakakakaka so sweet dear....kiteorang nak guling2 golek2 gelak keras perut tau hahahahahahaha terbaikkkkk~

nak gelak lagi bukan ape dah siap nyanyi kome tau ape soalan pertama yang keluar????

yong airis      : ha dah siap nyanyi dah.....
baba             : terima kasih sambil kiss2
yong airis      : la mane keknye baba ummi????
ummi n baba : hahahahahahahahahahaha ngggeeeee
baba             : ooo kene ade kek la ye tu la slalu tengok asal nyanyi je kat tv mesti ade kek tiup lilin bagai kan
yong airis      : alaaaaaa sambil monyok

so sweet la kan hahahahahahaha nanti la kite makan2 ummi wat kek ke ye tak sekarang banyak bz la anak2 oi....pape pun happy birthday wahai suami ku mudahan diberikan murah rezeki di panjangkan umur serta kesihatan tubuh badan...terima kasih sebab jadi suami dan baba yang baik dan penyayang dan bertolak ansur dan seangkatan :)....LOVE YOU :p

Wednesday, February 22, 2012

anak ummi makin beso.....

salam semua....hari2 rs makin tua huhuhuhuhu...tua itu pasti...muda itu adalah pilihan ye tak....sejak2 anak dara sulong aku da skolah (walaupun saje suka2 main br 3 thn) aku tetap rs mcm dh makin tua plak aku....ala tak kisah la kan hakikat umur memang semakin meningkat.....

sejak skolah ni bangun pagi senang je tak payah kejut pun pukul 7.20 dh memang bangun bukak baju sendiri ambik tuala ajak aku mandi....sweet kan hhuahuahuahua.....ntah la kot awal2 je ke atau selamanya senang begitu....harap Allah permudahkan semua'y ye....

aku nih anto la kat tangga separuh je la bio je die jalan sendiri ke kelas....aku ckp kat dia
ummi~ "yong...ummi anto sini je tau jalan sendiri ye..."
yong a.k.a airis "ok asslamualaikum..."


sweet tak????nak nangis aku dibuat'y....aku nih dl dok b'imaginasi yang anak aku akan meronta2 nangis tak mau g skolah ye la suasana baru mungkin seminggu br nak ok....alhamdulillah anak aku walaupun br 3 thn smooth je segalanya....Alhamdulillah.....aku pun tunggu je kat tangga kot2 nak toleh kot merengek ke nak ikut....hagham.....toleh pun idok wakakakakakaka siap jalan cepat2 nak masuk kelas....sweet btoi anak ummi nih....k nk ambik die dr skolah dh adios~

Tuesday, February 21, 2012

Huhuhu kembo adik kikiki

Alkisah try punya try la jumpa la belek jumpa la benda nih try2 wallaweh superb ye la perak sama hahaha...cakap ngan en. Hubby.... Xpe la xdpt kembo gambo pun jd la....kome paham x???

Hahaha mesti blur je kan.....jap aku bg paham ye





tu la cite nye hihihihi sebab jakun ble dit gambo dok verangan dpt kembo...kembo gambo pun jadi la yek....ngekek yong airis nengok adik pun sama naik....

Monday, February 20, 2012

ipad for who.....

Hahaha aje try ngan ipad pinjaman....mcm best je nk berblog ngan ipad.....gigih la pas ni nk membeli kene usaha keras nih.....hehehe

Tuesday, February 14, 2012

ummi kuasa 3 akan bermula la ye

ini budak sudah gigih bertatih la ha....hari2 bikin ummi mengurut kaki sebab tak larat nak hambat hihihihi.....yang wat ummi lg tak larat yg ini
koje'y dok mengang adik'y dok suh tatih2 siap adik ngekek.....fuh kekadang siap pegang tangan adik ajo naik tangga camna....mau idok ummi jd hulk hahahahahahaha sabo je la....bermula la ummi kuasa 3 pasnih ye....sabau je la kan anak2 dh membeso

Monday, February 13, 2012

kuch kuch hota hai

layan habis cerita nih wakakakakakka sambil2 melipat kain menimbun bagi anak2 tido then kemas2 umah layan cite nih.....memang mengancam :p

Friday, January 20, 2012

tak cukup power la~


ha sakit pale dah 3 hari2 jenuh mandi picit pale tetap same....last2 try tak pakai cermin mata nengok orang jauh objek jauh kompem tak nampak sabo je la idok la aku fokus nengok sbb kang sakit lagi pale ni ha...baru nak ilang sebab baru 2 hari tak pakai cermin mata so rs ok kurang la sakit pale....pi check up rupa2 power i naik  la plak....aish tunggu la dulu bulan depan ke malas nk p wat lain cermin je ha....so ade yang tego...lain'y nampak....pakai lens ke???idok eh lens ade maleh nak pakai renyah hahahahahahah....so bertahan selagi mampu :p

Monday, January 16, 2012

seharian terlantar tak boleh bangun

hari malam sabtu baru ni lepas maghrib usai makan2 lebih kurang pukul 8.40 malam pinggang aku sakit....subhanallah....dalam hati ni tertanya2 kenapa aku ni????cuba lagi bangun kena merangkak ke kerusi perlukan bantuan untuk berdiri....ingat sekejap je kot salah urat so pusing2'k pinggang still rasa sengal2.....aish apa jadi pada aku ni....hubby aku pelik tak penah2 macam ni....

anak2 memang tak sihat minggu lepas....mula2 yong demam, selesama n batuk2....dah usahakan jauh dr adik tp tu la budak kecik ada dia peduli....idok ye...dok cium jugak last2 dia dh sihat adik plak....hadoi memang ting tong la seminggu tuh mane idok dok gilir ngan hubby jaga dema nih risau panas melampau batuk je nangis ate mana boleh nak lena...sat2 tido duduk sat2 tido macam tunggu orang kat hospital....kang terlena je bangun mengejut macam ada kejutan elektrik....last2 aku pun flate la 5 malam tak tido dengan sempurna....tak pe la aku redho....dulu kita sakit pun mak ayah kita mesti macam tu jugak....

sambung sai sakit pinggang td....bangun je pagi sabtu tu ha berat gile pinggang aku...aku siap nangis sebab tak boleh bangun....subhanallah dugaan yang hebat untuk aku....nak diri pun tak mampu ape lagi nak jalan duduk pun langsung tak daya....aku cuba gak pk sebut tak sakit supaya ilang sakit tapi dugaan tu harus aku tempuh....terlantar la aku macam orang sakit teruk tuh baring je anak nak nyusu pun terpakse ikut aku macam mana posisi tak sakit.....malam tu mak mertua aku datang tido kat umah susah hati kata'y anak2 tak sihat lagi mula memang aku tak mau bagitau sapa pun mak aku sendiri pun aku tak bagitau.....MIL aku kate nape tak mau g hospital....aku cakap la mana nak g nak jalan pun tak boleh....

tu la nak kata datang bulan memang la idok la pai sakit tak boleh bangun kan....last2 aku mintak hubby beli gak panadol extand tuh kot mau...alahai tak jalan la last2 malam tuh MIL aku ngurut ha boleh la gerak sikit...pai hari nih dok berasa sakit lagi tak ble bongkok2 nak tunduk pun tak ble....dah duduk payah nak bangun kene nonggek dulu....mudahan tak berpanjangan la....nak kata salah makan idok aku makan benda angin2 sejuk2.....ntah la aku pasrah je la

Tuesday, January 3, 2012

burfday my mom utk memulakan entry 2012

semalam celebrate awal sebab hari ni adik aku yang bongsu tak ade die keje kat ipoh we all sume kat kuale kan.....so mak tak nak la salah sorang tak de so tu yg decide wat awal sehari....

macam tahun2 sebelumnya la....makan besarrrrrr punya.....tak dan nak ambik gambo sebab aku over enter frame kate kan hahahahahaha my luvly n da only one abg je yang mengfokuskan lensa kamera dia....koje aku adalah makan dan makan hahahahahahah lauk banyak so nasi kite makan cket je meratah2 lauk2 yang ade....5 meja sambung uols....kedai tu riuh ngan kami je ibarat dunia ini ana yang empunya hahahahahaha

ate riuh ghope bawak sekampung ha....siap nyannyi2 diketuai anak2 yang comel hihihihihi mak2 macam aku pun xlepas lantak la ade kesah aku nak nyanyi gak hahahahha......so kek makan arinih ye sebabnya dah kenyang gile makan xkan nak makan kek plak kan mau muntah hijau kat ctu gak.....

tahun nih mak sambut ulang tahun yang ke-60 semoga mak panjang umo murah rezeki sihat tubuh badah....kami semua sayang mak!!!!!